بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم . ASALAMUALAIKUM W.B.T. Ya Allah, aku mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. KEUTAMAAN HARI JUMAAT Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” 1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasululla...