Skip to main content

Posts

Showing posts from October 27, 2013
Asalamualaikum w.b.t. Teringat pula saya akan satu kisah Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Aisyah R.A. Saidatina Aisyah berkata:  "Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain.Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."  Baginda hanya tersenyum. Di waktu yang lain, Saidatina 'Aisyah ada berkata: "Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternakan, yang satu lagi tidak.Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?" Jawab Nabi SAW, "Di pohon yang tidak digembalai ternak."Lalu Aisyah R.A. berkata, "Akulah itu."   Kenapa saya membawakan kisah ini? Bukanlah untuk menonjolkan kisah Saidatina Aisyah seolah-olah tinggi diri dan riak. Tidak sekali-kali. Tetapi, Aisyah sememangnya boleh berbangga dengan dirinya seorang perawan dan suci tidak disentuh mana-mana lelaki selain dari Rasulullah ...
‫بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم . Mengikat Semangat Ibadah Itu Perlu. Inginku berkongsi suatu tentang sahabat, sebuah kisah yang pernah tercatat, dirinya benar-benar hebat, kepada Allah hatinya terikat, sepenuh jiwa dalam solat. Seorang murid kepada Abdullah Bin Mas'ud r.a. bernama Rabel' Bin Haiban adalah seorang yang amat prihatin dalam menjaga pandangannya.Oleh kerana beliau sering memejamkan matanya demi menjaga penglihatannya daripada ternampak perkara yang tidak diharuskan oleh Allah atau yang terlarang oleh Allah, maka sehingga disangka bahawa dia buta oleh orang ramai.Seorang budak penjaga rumah Abdullah Bin Mas'ud apabila melihat Rabel' Bin Haiban datang, lantas dia segera memberitahu Abdullah Bin Mas'ud bahawa orang buta telah datang.Abdullah Bin Mas'ud tersenyum mendengar pemberitahuan pembantu rumahnya kerana sebenarnya Rabel' Bin Haiban bukanlah seorang yang buta tetapi oleh kerana beliau terlalu l...