Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...

Hari Jumaat Hari Istimewa

‫بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم . ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku     mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. KEUTAMAAN HARI JUMAAT Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” 1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasululla...

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'

Asalamualaikum w.b.t. “Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..” “Kenapa pulak?” “Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.” “Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..” Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah. Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu. Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibu...
Asalamualaikum w.b.t. KEISTIMEWAAN AL QUR’AN Turunnya Al Qur’an merupakan peristiwa besar yang dialami oleh Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Allah menurunkan Al Qur’an langsung kepada Rasulullah SAW melalui perantara malaikat Jibril untuk memberi petunjuk kepada seluruh umat manusia. Al Qur’an dijadikan pedoman oleh umat manusia untuk menata kehidupan dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. “Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).” (Surah  Al Baqarah : 185) Al Quran diturunkan secara beransur-ansur (bertahap). Al Quran diturunkan dengan cara tersebut sesuai dengan keperluan atau sesuai dengan permasalah yang terjadi saat itu untuk memberikan jawapan atas permasalahan yang dihadapi para Sahabat Rasulullah SAW di masa itu. “Ðan Al Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-...
Asalamualaikum w.b.t. KEISTIMEWAAN BULAN MUHARRAM “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Q.S. at Taubah :36) Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, sehingga bulan ini disebut bulan Allah (syahrullah). Beribadah pada bulan ini pahalanya dilipatgandakan dan bermaksiat di bulan ini dosanya dilipatgandakan pula. Pada bulan ini juga terjadi beberapa peristiwa yang penting bagi umat Islam. Pada tanggal 10 Muharram Allah menyelamatkan nabi Musa as dan Bani Israil dari kejaran Firaun. Kemudian Rasulullah SAW menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah. P...
Asalamualaikum w.b.t. Ya Allah, aku   mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Tenang Apabila Memaafkan Hidup adalah pentas perjuangan dan salah satu antaranya adalah perjuangan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.Kita tidak terlepas daripada berselisih pendapat, dan berbeza pandangan dengan orang di sekeliling kita.    Secara umumnya, orang yang dizalimi pasti ingin membalas kepada orang yang menzaliminya.Tentu mereka    akan membalas sama seperti yang telah diperlakukan kepadanya, atau lebih buruk daripada itu.Hanya          segelintir sahaja yang akan berlapang dada, ikhlas, tidak berdendam, bahkan memaafkan kesalahan orang    yang telah berbuat salah kepadanya. Mengapa Sukar Memaafkan? Benarlah, memaafkan itu memerlukan sejumlah besar keberanian.Orang yang mampu melakukannya adalah orang yang mempunyai jiwa yang besar.Jiwa dan fikirannya terlalu b...
Asalamualaikum w.b.t.  Saya sememangnya kuat berangan-angan, kononnya nak jadi solehah. Tapi insyaAllah jika niat dah ada, Allah akan bantu kita ke arah itu. Tapi kena berusahalah sungguh-sungguh dalam menjayakan misi dalam saki baki umur yang masih ada. Andai ditoleh ke masa lalu sememangnya terasa lemah semangat. Banyaknya dosa dan noda. Namun, jika kita sentiasa melihat ke belakang, sampai bila-bila pun kita tak dapat lepas dari diri kita yang lama. Setiap hari apabila bangun dari tidur, jadilah diri yang baru. Tinggalkan sahaja diri yang semalam. Andai diri yang semalam kurang baik, diri hari ini patut lebih baik. Andai diri yang semalam sudah baik dan soleh, hari ini patut lebih dan lebih lagi baik dan soleh dari hari semalam. Saya meneliti hadith popular ini: Nabi SAW bersabda: " Tujuh golongan berada dalam lindungan Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain lindunganNya ; pemimpin yang adil,pemuda yang rajin,beribadah,seseorang yang hatinya selalu terkait denga...
Asalamualaikum w.b.t. Teringat pula saya akan satu kisah Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Aisyah R.A. Saidatina Aisyah berkata:  "Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain.Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."  Baginda hanya tersenyum. Di waktu yang lain, Saidatina 'Aisyah ada berkata: "Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternakan, yang satu lagi tidak.Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?" Jawab Nabi SAW, "Di pohon yang tidak digembalai ternak."Lalu Aisyah R.A. berkata, "Akulah itu."   Kenapa saya membawakan kisah ini? Bukanlah untuk menonjolkan kisah Saidatina Aisyah seolah-olah tinggi diri dan riak. Tidak sekali-kali. Tetapi, Aisyah sememangnya boleh berbangga dengan dirinya seorang perawan dan suci tidak disentuh mana-mana lelaki selain dari Rasulullah ...
‫بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم . Mengikat Semangat Ibadah Itu Perlu. Inginku berkongsi suatu tentang sahabat, sebuah kisah yang pernah tercatat, dirinya benar-benar hebat, kepada Allah hatinya terikat, sepenuh jiwa dalam solat. Seorang murid kepada Abdullah Bin Mas'ud r.a. bernama Rabel' Bin Haiban adalah seorang yang amat prihatin dalam menjaga pandangannya.Oleh kerana beliau sering memejamkan matanya demi menjaga penglihatannya daripada ternampak perkara yang tidak diharuskan oleh Allah atau yang terlarang oleh Allah, maka sehingga disangka bahawa dia buta oleh orang ramai.Seorang budak penjaga rumah Abdullah Bin Mas'ud apabila melihat Rabel' Bin Haiban datang, lantas dia segera memberitahu Abdullah Bin Mas'ud bahawa orang buta telah datang.Abdullah Bin Mas'ud tersenyum mendengar pemberitahuan pembantu rumahnya kerana sebenarnya Rabel' Bin Haiban bukanlah seorang yang buta tetapi oleh kerana beliau terlalu l...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan  Happy Ending  kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi.. "..kita putus.." "..sampai di sini.." "..ceraikan saya.." "..tak ada jodoh di antara kita.." "..aku bukan untukmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.." Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, " Wallahu Khairul Maakirin ." (  Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana.  ) Hubungan pula saya bahagikan kepada dua: - Hubungan yang diredhai (dah nikah). - Hubungan tak halal (belum nikah lagi).  Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah. Cinta bukan milik kita.  Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya. Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNy...
Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...