Skip to main content

Posts

Showing posts from October 20, 2013

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan  Happy Ending  kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi.. "..kita putus.." "..sampai di sini.." "..ceraikan saya.." "..tak ada jodoh di antara kita.." "..aku bukan untukmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.." Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, " Wallahu Khairul Maakirin ." (  Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana.  ) Hubungan pula saya bahagikan kepada dua: - Hubungan yang diredhai (dah nikah). - Hubungan tak halal (belum nikah lagi).  Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah. Cinta bukan milik kita.  Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya. Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNy...
Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...
Asalamualaikum w.b.t. :) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻹﺧﻼﺹ Surah (112) - Makkiyah - 4 ayat                                                                             ﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﹼﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢِ                                     Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.                                                                                                                         ...
Asalamualaikum w.b.t. 21 Zulhijah 1434/26 Oktober 2013 Alhamdulillah :)   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ. Taubat: Pintu Gerbang Kehidupan Baru Kalam agungNya dalam Surah al-Baqarah [2:222]: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri". Saya meneliti bahawasanya Islam sangat mementingkan kesucian diri lahiriyyah dan batiniyyah (luar dan dalam), contohnya manusia tidak dapat lari dari terkena kotoran samada berupa debu, najis dan sebagainya. Lalu, Allah memerintahkan manusia dengan berwudhu' untuk menyucikan diri dari debu-debu dan mikroorganisma2 yang melekat pada tubuh. Kemudian memperbaharui wudhu' itu lagi setiap kali hendak bersolat. 5 kali solat, 5 kali wudhu', 5 kali kita bersih dari kotoran. Jika dah bersih dan suci dari kotoran, susah kan nak kena penyakit? Malah ada kajian mengatakan kulit yang bermasalah (berjerawat dsb) boleh dikurangkan hanya dengan kerap berwudhu'. Bukan it...
Asalamualaikum w.b.t. Apa itu  Qanitah ? 'Qunut' adalah ketaatan yang dilandasi  kemahuan, konsentrasi, kesukaan, dan kesenangan .  Bukan kerana terpaksa, dipaksa, kesal ataupun bodoh . Sebelum nikah, perempuan itu wajib taat pada kedua ibu bapanya dan menghormati guru (selain perkara maksiat). Selepas nikah, wajib taat pada sang suami. Langsung  tidak wajib  taat dan patuh pada sang kekasih yang belum dinikahi. Ok, kenapa al-Quran menggunakan kata  Qanitah  dan bukan  Ta'ia'ah  walaupun kedua-duanya maksud sama iaitu  taat ? Jawapan : Kerana  Qanitah  mengandungi makna kejiwaan, memiliki bayangan perasaan yang menyenangkan dan menyejukkan. Keadaan sebegini lebih memungkinkan bagi wujudnya ketenangan, kasih sayang, saling menutup dan menjaga, antara suami isteri dan anak-anak, tarbiyah famili dalam suasana indah. Apa lak  Hafizah ? Ini mudah kita faham. Yakni wanita yang jaga diri, maruah sendiri, suami, jaga...

Muhasabah Tentang Hari Kebangkitan

Asalamualaikum. :) ( 20 Zulhijah 1434). Muhasabah Tentang Hari Kebangkitan Golongan Yang Tidak Percaya Akan Dihidupkan Kembali  Firman Allah dalam Surah Yasin [83]:51-53 :-  51. Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah             mati:, apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur         masing - masing (untuk) menghadap Tuhannya. 52. (Pada ketika itu) orang -orang yang tidak percayakan hidup semula berkata :                           "Aduhai,celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur (tempat tidur           kami)? Lalu dikatakan kepada mereka : "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang          Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-RasulNya. Orang Yang Memperbaiki Diri Dan Sentiasa...

"Mengapa saya bertudung labuh?"

Asalamualaikum. "Mengapa saya bertudung labuh?"  Ada banyak kelebihannya:- 1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga. 2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina. 3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah. 4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligu...
Bio Tentang Pendakwah Islam. Asalamualaikum.  Namaku ialah NurHumaira.Umur tidak diketahui.Lahir di Johor Bahru,Johor.Masih mencari ilmu tentang keindahan Islam.Tiada istimewa tentang hamba Allah ini.Cuma seorang muslimah yang sentiasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mencari keredhaanNya.In Shaa Allah.