Asalamualaikum w.b.t. Ya Allah, aku mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Tenang Apabila Memaafkan Hidup adalah pentas perjuangan dan salah satu antaranya adalah perjuangan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.Kita tidak terlepas daripada berselisih pendapat, dan berbeza pandangan dengan orang di sekeliling kita. Secara umumnya, orang yang dizalimi pasti ingin membalas kepada orang yang menzaliminya.Tentu mereka akan membalas sama seperti yang telah diperlakukan kepadanya, atau lebih buruk daripada itu.Hanya segelintir sahaja yang akan berlapang dada, ikhlas, tidak berdendam, bahkan memaafkan kesalahan orang yang telah berbuat salah kepadanya. Mengapa Sukar Memaafkan? Benarlah, memaafkan itu memerlukan sejumlah besar keberanian.Orang yang mampu melakukannya adalah orang yang mempunyai jiwa yang besar.Jiwa dan fikirannya terlalu b...