Skip to main content

Posts

Showing posts from February 23, 2014

Demi Cinta-Nya (Part 3)

Asalamualaikum w.b.t. “Ya Allah! Hurun!!!!!!” Jeritan lantang Humairah memecahkan suasana. “Humairah kenapa??” Kak Asrar berlari ke arahnya. “Ya Allah!! Hurun!!” Kak Asrar sendiri kaget melihat sekujur tubuh yang masih bertelekung kaku di atas hamparan sejadah. Mushaf Al-Quran erat dalam pelukannya. “Telefon ambulans!! Cepat!!!” Kak Asrar memberikan arahan. Humairah bergegas keluar untuk menelefon ambulans. Airmatanya tidak berhenti mengalir. “Allahuakbar, Allahuakbar. Hurun, kenapa dengan kamu nih Hurun? Allahurabbi, ujian apa lagi untuk hamba-Mu ini Ya Allah? Hurun, bangun sayang,bangun,” Rintih suara Kak Asrar pagi itu. Dia memangku jasad yang terkulai layu. Mushaf masih dalam genggamannya. Pucat lesi muka Hurun Ain di pangkuannya. Airmata Kak Asrar merembes keluar; seakan tidak mahu berhenti. “Doktor! Your patient , Hurun Ain is unconscious! She is dying!” Suara jururawat menambahkan debaran di dadanya. “I’m on my way! Tell Doc...

Bersedia Menerima Ujian

Asalamualaikum w.b.t. Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi. Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT. Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar. Adakah kita insaf ? Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita denga...