Arjuna Al-Quran Karya : Muhammad Rusydi *** Air di singki ditutup. Aku mengelap pinggan mangkuk yang dicuci abang tadi. “Bang, adik dah siap.” Abang aku tersenyum. “Bagus. Kita kemas rumah pula. Jom! Lepas kemas rumah, abang nak beritahu satu projek rahsia!” Aku teruja nak tahu. Bersungguh-sungguh aku kemas rumah hari tu. Bersemangat. Itulah abang aku. Darjah 6. Aku baru darjah 4. Kehidupan kami seharian dalam kitaran yang sama. Balik sekolah, tolong ibu kemas dapur selepas makan. Lepas dapur, kemas rumah pula. Pergi dan balik sekolah berjalan kaki. Sekolah taklah jauh dari rumah. Ada lah dalam 15 minit. Ibu. Ibuku sejak tahun lepas, kesihatannya merosot. Kata doktor, jantung ibu lemah. Dalam rumah, hanya ada kami empat beradik. Aku, abang aku dan dua adik perempuan yang masih kecil. Ayah. Aku tak tahu banyak mengenai ayah. Tiga tahun lepas, ayah menghilang. Ibu ditinggalkan begitu saja. Digantung tidak bertali. Aku tidak mengerti. Namun, apa ya...