Skip to main content

Posts

Sketsa Rusydee Artz

Assalamualaikum ... Sketsa I : Ujian Reti Beza Baik & Buruk Suatu petang, remaja umur 14 tahun menghadap internet dengan seriusnya. Hari ini adalah hari pertama dalam hidupnya. Sudah 2 bulan beliau mengikat perut dengan hanya memakan kerepok lekor di kantin 50 sen sehari, semata-mata untuk membeli seketul USB Broadband dan melanggan perkhidmatannya. Dengan berbekalkan CPU kapcai peninggalan arwah bapanya, kelihatan matanya bersinar-sinar ada bintang-bintang mata dah macam kartun, memandang skrin monitor CRT 14 inch setengah. Kelihatan mamanya ada sekali di sebelah. Mama: "Nape sampai menggigil tangan tekan tetikus tu?" Anak: "Sebak mama. Bukan senang nak dapat main internet kat rumah kita. Pilu betul. Kita bukan orang senang." ( menitis air mata jernih di pipi dan hidung ) Mama: "Dah. Dah. Cuba bukak Facebook yang orang duk gila-gila siang-malam main tu." Anak: "Baik, mama." Mama: "Nanti. Ustaz misai lebat depan rumah kita kata, ke...
Recent posts
Arjuna Al-Quran Karya :  Muhammad Rusydi *** Air di singki ditutup. Aku mengelap pinggan mangkuk yang dicuci abang tadi. “Bang, adik dah siap.” Abang aku tersenyum.  “Bagus. Kita kemas rumah pula. Jom! Lepas kemas rumah, abang nak beritahu satu projek rahsia!” Aku teruja nak tahu. Bersungguh-sungguh aku kemas rumah hari tu. Bersemangat. Itulah abang aku. Darjah 6. Aku baru darjah 4. Kehidupan kami seharian dalam kitaran yang sama. Balik sekolah, tolong ibu kemas dapur selepas makan. Lepas dapur, kemas rumah pula.  Pergi dan balik sekolah berjalan kaki. Sekolah taklah jauh dari rumah. Ada lah dalam 15 minit.  Ibu. Ibuku sejak tahun lepas, kesihatannya merosot. Kata doktor, jantung ibu lemah. Dalam rumah, hanya ada kami empat beradik. Aku, abang aku dan dua adik perempuan yang masih kecil.  Ayah. Aku tak tahu banyak mengenai ayah. Tiga tahun lepas, ayah menghilang. Ibu ditinggalkan begitu saja. Digantung tidak bertali. Aku tidak mengerti. Namun, apa ya...

“Aku Bukan Saidina Ali”

Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing. Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu. Aku seperti telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh itu. Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini...