Skip to main content

Posts

Showing posts from March 23, 2014
Asalamualaikum w.b.t. Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An-Nur Ustaz Bediuzzaman Said Nursi dan tafsir beliau, “Risalah an-Nur” merupakan  “Mujaddid” pada zaman ini, lagipun kedua-duanya telah diterima oleh ulama-ulama terkenal dari kalangan “Ahli Sunnah wal-Jemaah” seperti Yusuf al-Qardawi, Ramadan al-Buti, Wahbah al-Zuhayli,kebanyakan ulama dari Universiti al-Azhar, Jabatan Agama Islam di Turki sertapelbagai kumpulan atau orang-orang lain yang penting di sisi umat Islam. Marilah kita menghayati kisah perjuangan dan pemikiran Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi: Bediuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di kampung bernama Nurs, di timur Anatolia. Perkataan Nursi pada akhir nama beliau adalah sempena nama kampungnya ini. Beliau menerima pendidikan awal dalam berbagai bidang agama dan sains dari beberapa ulama terkenal di sekitar daerah nya dan di beberapa daerah lain di Turki. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kepandaian d...