Skip to main content

Sketsa Rusydee Artz

Assalamualaikum ...



Sketsa I : Ujian Reti Beza Baik & Buruk

Suatu petang, remaja umur 14 tahun menghadap internet dengan seriusnya. Hari ini adalah hari pertama dalam hidupnya. Sudah 2 bulan beliau mengikat perut dengan hanya memakan kerepok lekor di kantin 50 sen sehari, semata-mata untuk membeli seketul USB Broadband dan melanggan perkhidmatannya.

Dengan berbekalkan CPU kapcai peninggalan arwah bapanya, kelihatan matanya bersinar-sinar ada bintang-bintang mata dah macam kartun, memandang skrin monitor CRT 14 inch setengah. Kelihatan mamanya ada sekali di sebelah.

Mama: "Nape sampai menggigil tangan tekan tetikus tu?"
Anak: "Sebak mama. Bukan senang nak dapat main internet kat rumah kita. Pilu betul. Kita bukan orang senang." ( menitis air mata jernih di pipi dan hidung )
Mama: "Dah. Dah. Cuba bukak Facebook yang orang duk gila-gila siang-malam main tu."
Anak: "Baik, mama."
Mama: "Nanti. Ustaz misai lebat depan rumah kita kata, kena niat betul-betul dulu sblm main benda ni. Dia kata bahaya."
Anak: "Apa niatnya?"
Mama: "Sahaja aku berfacebook kerana Allah Taa'la."
Anak: "Boleh ke niat macam tu?"
Mama: "Taram aje lah. Kita bukan ustaz, dia yang ustaz."
Anak :"Kita niat sama-sama ye."

"Sahaja kami berfacebook kerana Allah Taa'la!" (niat kuat2 sama..bergegar rumah papan beratap zink dorang)

FB dilog-in after register.

Anak: "Eh, mama. Tengok, seksinya gambar-gambar kat sini. Dorang ni artis ke? Tak pernah tengok pun kat tv. Artis sampingan kot belakang tabir. Gaji murah je la tu. Kalau murah maknanya artis murahan la tu. Tengok-tengok..ramainya gadis miskin. Mak ayah dia tak mampu beli tudung macam mama pakai skrg ni pun. Kesiannya dorang. Eh, mama..dorang ni dah kahwin ke, siap pegang2 tangan ni. Nampak macam budak UPSR je muka dia ni."

Mama: "...."

Anak: "Mama, mama, are you ok? Kenapa muka mama merah padam ni?"

Mama: "Dah, tutup benda ni dengan kadar segera! Mari ikut mama tanam ubi kat belakang rumah." (sambil menekan tubi butang power kat CPU berhampiran kakinya dengan ibu jari kaki )

Anak: "Wat epen, mama? I ken understand!"

Mama terus menarik tangan anaknya ke belakang rumah dan bagi cangkul.

Mama: "Ni lagi berfaedah, dapat hasil."

Anak: "....." ( terbeliak mata memandang cangkul akibat kemalasan melanda tiba-tiba dek cangkul bukan benda yg seronok dan tak perlu sambung WIFI )

Mama: "Facebook, kau memang syaitoooonnnnn~~!" ( gumam mama dalam hati ).

Sesungguhnya mamanya terlupa yang Ustaz Misai Lebat berpesan jangan lupa baca "Auzubillahi minassyaitonirrajim" ketika masuk FB.

-----

Sketsa II: Allah & Rasul Pasti Lebih Utama.

Mama melihat anaknya leka dengan henponnya. Asyik dengan henpon je; sms-call-tenet. Itulah kitaran hidupnya sehari-hari. Semayang pun lambat2, akhir waktu. Kalau solat pun laju2 sambil menguap2, menggaru2. Kalau tdo tu, mmg bajet tepat2 terbabas waktu solat. Pastu qada (ganti) solat tu lak. Suka ye qada2 ni.

Mama: Mama nk tanya benda ni.

Anak: Pe dia mama.. bz ni.

Mama: Dah makan ke?

Anak: Dah makan ma. Kalau nak bawak p McD ke Pizza Hut ke ok gak, ada ruang lagi ni perut.

Mama: Minum dah?

Anak : Pelik la ma ni. Kalau tak minum kang tercekek plak anak ksygn mama ni.

Mama: Owh. Tapi ada satu benda mama nak tanya ni; "Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum". Apa benda tu?

Anak : ( berfikir selama 6 jam berturut2 sampai tak mandi ). Ok. give up, tatau. Pe dia ma benda tu? Misteri betul. Mana ada benda makan tapi tak minum. Hidup ni kalo tak minum, memang mati lerr.

Mama: Senang je. Benda ni adalah hadiah istimewa buat yang melengah2kan solat, bermalas-malasan solat yg al-Quran sebut sebagai kufur dan munafik. Apatah lagi yang meninggalkannya. Melebihkan sesuatu dari Allah dan Rasul dengan sengaja.

Anak: Err... adakah itu..

Mama: Ye. Api neraka. Api neraka sentiasa makan mereka yang ingkar perintah Allah. Makan-makan-makan je keje dia. Tak pernah minum. Allah takkan turunkan hujan rahmat dalam api neraka. Kamu makan, tapi tak boleh kalau tak minum. Tapi api neraka tak pernah peduli ia dahaga ke tak. Terus menerus telan, makan dan bakar manusia dalam perut api neraka.

Anak: Erm..Tapi mama, orang main henset je. Orang semayang pe. Mana ada lebihkan benda ni dari Tuhan.

Mama: Ye ke..fikirlah sendiri kamu lebihkan ke tak. Kamu dah dewasa. Jika sampai ke U kamu mengaji, amik doktor plak, belajar kimia fizik, add math. Pandai lebih dari mama. Jadi cubalah hitung sendiri "lebih" dan "kurang" tu.

Anak: ....

Mama: Mama pi goreng cempedak dulu. Kbai.

----

Sketsa III: Ajar Sayang Yang Lebih Utama Sedari Kecil.

Sketsa budak tadika 5 tahun di sebuah tadika.

Budak A: Pemadam hilang seketul. (nanes2)

Budak B: Sabar2. Ujian je tu. Nah..ambik pemadam saya. Jangan nangis2 ye.

Budak A berhenti nangis dan tersenyum.
Setengah jam kemudian. Budak B lak nangis.

Budak A: La..nape nangis ni?

Budak B: Pemadam yg saya bagi tadi tu mama saya yg bagi. Tibe2 saya rasa kehilangan (pemadam) lak. Yelah, saya kan tecik lagi. Saya tatau nak wat apa, saya nangis lah. Saya tgh pk Allah bagi lagi ke tak pasni untuk saya rasa nikmat memiliki seketul pemadam. Mak kata, kalau Allah sayang, Allah bagi nikmat. Saya tgh pk Allah sayang ke tak. Kalau Dia tak sayang sy camana?

Ustazah terdengar perbualan Budak A dan B dtg menghampiri.

Ustazah: Nah..pemadam ustajah utk kamu. Sure la Allah syg.

Budak B dan A: Nanti ustajah lak nanes2 tade pemadam.

Ustazah: ( senyum )

***
Malamnya, ustazah nangis betul2. :p


---
Baik, untuk merealisasikan hidup mukmin yang berjaya, negara mukmin yang cemerlang, hidup dunia akhirat yang bertunjangkan kejar Syurga Allah & hindar Neraka, maka wajarlah dalam setiap aspek kehidupan kita menerapkan slogan "Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan" dalam pengamalan dan perbuatan.

Contoh, nak makan nasi bacalah Bismillah dulu.Secara tak langsung dalam Bismillah itu puji - puja Allah, dan baca doa sebelum makan itu sunnah Rasulullah SAW.Allah dan Rasulullah sentiasa diletakkan di hadapan.Hidup pasti cemerlang!


Hidup di dunia pasti mati.

9 Rabi'ul Akhir 1433 H,
Rusydee Artz,

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...