Skip to main content
ASALAMUALAIKUM W.B.T.

 Ya Allah, aku  mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat.


Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi.



Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masihi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masihi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah "Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan".(Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

 1 Rabiul Awal 1435 :)
Pendakwah Islam..

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...