Skip to main content

Demi Cinta-Nya (Part 2)

ASALAMUALAIKUM W.B.T.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Hurun Ain dapat mendengar suara tangisan seseorang. Ya! Dia kenal suara itu! Suara sahabatnya Humairah!
“Humairah!”
Dia menjerit. Namun, hanya sendu Humairah yang dia dengari. Asing. Aneh yang dia rasakan.
“Ya Allah, apakah ini?”
Dia terduduk. Rawan hatinya mendengar tangisan sahabatnya.
Kepalanya kembali sakit. Dia memegang kepalanya yang memberat. Kesakitan yang dialami mrmbuatakan dirinya berpeluh.
“Bangun Ya Hurun Ain! Bangun dengan nama Tuhan-Mu!”
Sebaik sahaja mendengar suara lantang yang menegurnya lantas dia bertekad. Kakinya digagahkan untuk bangun.
“Ya Allah, dengan nama-Mu Ya Allah, Bismillahirrahmanirrahim! Allahuakbar!”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Serta-merta dia membukakan matanya.
“Hurun! Hurun dah sedar! Masha-Allah! Alhamdulillah! Doktor! Hurun dah sedar!”
Humairah berlari mendapatkan doktor. Hurun Ain masih lagi kaget tidak mengerti. Kepalanya masih lagi memberat.
“Ya Allah, apa yang dah berlaku?”
Kelihatan doktor, jururawat dan sahabatnya Humairah berlari ke arahnya. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Minda serta tubuhnya lemah.
“Alhamdulillah, she is conscious now. All praise to Allah,”
Doktor muda tersebut tersenyum lega.
“Alhamdulillah, thank you so much Doktor Rayyan,”
Humairah menyatakan ucapan terima kasihnya.
“Don’t mention it. It’s my duty. Lahawlawaquwwataillabillah. Ini semua kuasa-NYA.
Hurun, cepat sembuh. Saya pergi dulu,”
Dia tersenyum ke arah Hurun dan menundukkan sedikit kepala kepada Humairah tanda dia minta diri. Humairah mengangguk.
“Alhamdulillah, awak dah sedar,”
Humairah memeluk erat tubuhnya. Dia tersenyum.
“Humairah, air..”
Dia dahaga. Ya, dahaga dan letih.
Humairah cepat-cepat menghulurkan air padanya.
“Alhamdulillah,”
Menitis airmatanya. Subhanallah, tiba-tiba sahaja dia rasa sayu. Dia masih bernafas. Dia masih menikmati pemberian Allah padanya.
“Humairah baru khabarkan pada umi dan abi Hurun yang Hurun masuk wad. InshaAllah pagi esok diorang sampai. Maafkan Humairah ya sebab bagitau diorang? Diorang kena tahu kondisi Hurun,”
Ada nada bersalah pada suara itu.
“Tidak mengapalah Humairah. Hurun tak kisah,”
Dia meraih tangan sahabatnya. Cuba untuk tersenyum.
“Hurun, boleh Humairah bertanya?”
Humairah takut-takut memulakan bicara.
“Apa dia?”
Dia melihat wajah serba-salah sahabatnya itu.
“Humairah, takpe..”
Dia menggenggam tangan sahabatnya cuba untuk mententeramkan jiwa sahabatnya. Humairah menarik nafas.
“Tadi, waktu Hurun belum sedar, Humairah dengar Hurun jerit jangan pergi. Kenapa? Hurun mimpikah?”
Dia terdiam. Lama. Humairah masih menanti jawapan darinya. Dia sendiri tidak faham sebenarnya.
“Kalau Hurun tak nak cerita takpe. Humairah faham,”
Humairah menghadiahkan senyuman padanya. Dia tersenyum tawar. Sebenarnya dia memang berhajat untuk bercerita pada sahabatnya. Dan akhirnya, dia bercerita jua.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Imbas kembali kisahnya membuat dia menangis lagi. Kesakitan masih terasa. Dia menggagahkan diri untuk mengambil ubat di almarinya, namun hampa. Ubatnya sudah habis. Akhirnya dia bertahan hanya dengan zikir kepada Sang Khaliq. Hanya itu kekuatannya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assolatukhoirumminnannaum..”
Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia meraup wajah bersihnya.
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’dama amatana wailahikunnusyur..”
Dia memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk hidup di atas dunia ini sebagai khalifah-NYA. Tanpa membuang masa dia ke bilik air, membersihkan diri dan berserah diri pada Sang Ilahi.
“Assalamualaikum Syazwan! Kaifahaluk?”
“Waalaikumussalam warahmatullah. Masha-Allah! Sahabat ana! Rayyan! Alhamdulillah, ana bikhoir! Subhanallah! Lamanya tak bertemu!”
Takdir Allah itu menemukan dua sahabat yang sudak sekian lama terpisah. Mereka saling bersalaman dan berpelukan.
“Tak sangka boleh berjumpa di rumah Allah ini ya?”
Rayyan ketawa kecil. Syazwan turut ketawa. Indah sungguh rencana Allah. Dia memang merindui sahabat karibnya itu.
“Eh? Jomlah ke warung. Kita sarapan sama-sama kat sana. Bolehlah borak lama-lama,”
Pelawaan Rayyan tidak ditolak. Mungkin inilah satu-satunya kesempatannya untuk berbicara panjang dan bertanya khabar dengan sahabatnya.
“Kau kerja kat mana sekarang?”
Rayyan tersenyum mendengar soalan sahabatnya.
“Hospital Ampang Puteri,”
Syazwan tersenyum. Sudah jadi doktor rupanya sahabatnya itu. Memang lama mereka tidak berjumpa.
“Kau?”
Giliran Rayyan pula bertanya.
“Aku jadi pensyarah kat IIUM. Alhamdulillah. Rezeki kat sana,”
Dia tersenyum. Rayyan turut tersenyum.
“Dah kahwin ke?”
Syazwan mengenyitkan matanya ke arah Rayyan. Rayyan tergelak kecil.
“Belum sampai seru. Ada jodoh, adalah. Kau pulak? Hari tuh aku ada jumpa Rizal. Katanya kau dah nak kahwin eh? Tahniah! Jangan lupa jemput aku pulak!”
Rayyan tergelak kecil. Dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Namun, Syazwan tidak berekspresi. Rayyan mula rasa tidak sedap hati.
“Aik? Aku salah cakap ke?”
Dia bermonolog dalam hati. Syazwan masih lagi melayani perasaannya. Dia terlupa Rayyan sedang berada di hadapannya. Dia asyik dalam khayalannya.
“Syazwan,”
Rayyan menepuk bahu Syazwan. Dia kembali ke dunia nyata.
“Huh?”
Dia terpinga-pinga. Rayyan mengecilkan matanya. Ada sesuatu yang dia kesan.
“Kau nih kenapa? Ada masalah? Kalau ada cerita kat aku. Takkan dengan aku pun kau nak rahsia?”
Dia tahu Syazwan dalam masalah. Hampir 26 tahun dia bersahabat dengan Syazwan. Mana mungkin dia tidak mengenali sahabatnya itu. Syazwan menghembuskan nafas.
“Kita makan dulu. Nanti aku cerita.”
Usai sarapan, Rayyan mendesaknya untuk bercerita. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengalah. Dia redha, namun sebagai manusia biasa dia juga perlukan teman untuk berbicara. Akhirnya cerita itu terlafaz jua.
“Hurun Ain? Aku rasa macam aku pernah dengar aja nama tuh. Tapi kat mana eh?”
Rayyan cuba mengingati namun hampa. Syazwan kehairanan.
“Kau ada gambar dia tak?”
Rayyan makin bersemangat. Dia yakin dia kenal gadis itu. Entah kenapa dia bersemangat untuk ambil tahu. Syazwan semakin hairan. Tapi, dia mengalah jua. Dia mengeluarkan dompetnya. Sekeping foto dikeluarkan dan disua pada sahabatnya.
** bersambung **

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...