Skip to main content
‫بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Mengikat Semangat Ibadah Itu Perlu.

Inginku berkongsi suatu tentang sahabat,

sebuah kisah yang pernah tercatat,

dirinya benar-benar hebat,

kepada Allah hatinya terikat,

sepenuh jiwa dalam solat.


Seorang murid kepada Abdullah Bin Mas'ud r.a. bernama Rabel' Bin Haiban adalah seorang yang amat prihatin dalam menjaga pandangannya.Oleh kerana beliau sering memejamkan matanya demi menjaga penglihatannya daripada ternampak perkara yang tidak diharuskan oleh Allah atau yang terlarang oleh Allah, maka sehingga disangka bahawa dia buta oleh orang ramai.Seorang budak penjaga rumah Abdullah Bin Mas'ud apabila melihat Rabel' Bin Haiban datang, lantas dia segera memberitahu Abdullah Bin Mas'ud bahawa orang buta telah datang.Abdullah Bin Mas'ud tersenyum mendengar pemberitahuan pembantu rumahnya kerana sebenarnya Rabel' Bin Haiban bukanlah seorang yang buta tetapi oleh kerana beliau terlalu lama memejamkan mata maka ramai budak-budak menyangka beliau seorang yang buta.

Rabel' Bin Haiban adalah seorang yang hatinya sangat hampir kepada Allah kerana dia merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan dan gerak-gerinya.

Suatu ketika,Abdullah Bin Mas'ud telah membawa Rabel' Bin Haiban berjalan-jalan dan melihat perusahaan pertukangan besi.Apabila tukang besi itu menekan pam angin bagi memarakkan api untuk membakar besi-besi, menyebabkan api keluar menjulang dari dapur pembakar itu.Secara spontan Rabel' Bin Haiban terpandang api itu dan tiba-tiba sahaja dia jatuh rebah dan pengsan.Apabila Abdullah Bin Mas'ud melihat anak muridnya pengsan, beliau segera berusaha memulihkannya daripada keadaan pengsan tersebut.Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyedarkannya, namun ia tidak berhasil.Rabel' Bin Haiban terus juga pengsan dan tidak sedarkan diri.

Abdullah membawa anak muridnya pulang ke rumahnya sehingga keesokan harinya barulah Rabel' Bin Haiban sedarkan diri.Kata Abdullah Bin Mas'ud bahawa yang menyebabkan Rabel' Bin Haiban pengsan setelah melihat api yang menjulang dari dapur tukang besi ialah kerana Rabel' Bin Haiban adalah seorang yang hatinya sangat gerun dengan ancaman balasan azab neraka kepada hamba-hamba Allah yang ingkar.

Maka, apabila beliau terpandang api dunia ini, beliau seperti terlihat bayangan api neraka, sedangkan api dunia ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan api neraka yang telah Allah janjikan pada mereka yang ingkar.Demikianlah bagi orang yang hatinya gerun kepada Allah, apa jua yang dipandangnya ia akan segera terbayang segala yang berlaku di akhirat.

Jika terpandang wanita cantik, ia segera terbayang para bidadari di syurga yang sentiasa perawan, yang disediakan oleh Allah untuk hambanya yang mukmin.Jika ia melihat api, maka ia terbayang api neraka tempat kembali bagi orang-orang kuffar dan ingkar.Jika ia menikmati makanan lazat, ia segera membayangkan bahawa kelazatan makanan di syurga tidak terperi oleh akal manusia.Jika ia terjatuh ke dalam kesusahan dunia maka ia merasakan bahawa kesusahan yang ditanggung di dunia adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan di akhirat kelak.

Maka orang seperti Rabel apabila datang waktu solat baginya tiada apa yang dirunsingkan kecuali ia bimbang terhadap Allah SWT yang sentiasa memerhatikan gerak-geri solatnya.Ia merasa bimbang terhadap kesudahan solatnya, apakah ia menepati apa yang disyariatkan oleh Allah SWT.Ia benar-benar runsing terhadap ucapannya yang sering dilafazkan dalam solatnya. "Apakah aku benar-benar menunaikan sumpah yang aku lafazkan bahawa segala perbuatanku hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT semata-mata atau ia hanya kalimah yang dihafaz semata-mata kerana ia terlalu lazim disebut?

Dipetik dari buku "Menjejak Cinta Allah & Rasul".

Asalamualaikum w.b.t.
22 Zulhijah 1434 :)








Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...