Skip to main content
Asalamualaikum w.b.t.

Teringat pula saya akan satu kisah Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Aisyah R.A.

Saidatina Aisyah berkata: 

"Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain.Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku." 

Baginda hanya tersenyum.

Di waktu yang lain, Saidatina 'Aisyah ada berkata:

"Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternakan, yang satu lagi tidak.Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?"

Jawab Nabi SAW, "Di pohon yang tidak digembalai ternak."Lalu Aisyah R.A. berkata, "Akulah itu."   Kenapa saya membawakan kisah ini? Bukanlah untuk menonjolkan kisah Saidatina Aisyah seolah-olah tinggi diri dan riak. Tidak sekali-kali. Tetapi, Aisyah sememangnya boleh berbangga dengan dirinya seorang perawan dan suci tidak disentuh mana-mana lelaki selain dari Rasulullah SAW selepas ijab qabul yang sah. Syukur dan bangga pada tempatnya adalah tidak salah. Bangga depan si suaminya. Bukan pada ajnabi.

Namun, tidaklah Nabi SAW bersikap tidak adil pada isteri-isterinya yang lain walaupun mereka berstatus 'pernah menjadi isteri orang lain.' Takutnya Nabi SAW akan ketidakadilan dalam rumahtangga sehingga Nabi SAW berdoa apabila hatinya tercondong berat menyayangi Aisyah Humaira:
"Ya Allah! Inilah pembahagian yang mampu ku lakukan, maka jangan Engkau siksa aku dalam hal  yang tak mampu aku lakukan."

 Ringkasnya, adik-adik perempuan jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama-lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu diakadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.

Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin? 

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah2 silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam. 

             Akhir kata, jagalah kesucian dan kehormatan anda demi satu cinta yang murni. Yang tidak lagi suci, sucikan kembali diri dengan penyesalan yang sungguh-sungguh, tidak mengulangi lagi silap yang sama dan mulakan hidup baru dengan percaya penuh, Allah masih beri peluang untuk kita walaupun manusia tidak beri peluang pada diri kita. Ingat, kita tak perlukan manusia utk menilai kita, tapi kitalah yang nilai diri kita sendiri dan kita sendiri yang bagi peluang diri sendiri berubah.

                 Satu Cinta Aisyah Humaira hanya untuk Muhammad Bin Abdullah SAW.    :)                                                                                                                                 



Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...