Skip to main content
Asalamualaikum w.b.t. 


Saya sememangnya kuat berangan-angan, kononnya nak jadi solehah. Tapi insyaAllah jika niat dah ada, Allah akan bantu kita ke arah itu. Tapi kena berusahalah sungguh-sungguh dalam menjayakan misi dalam saki baki umur yang masih ada.

Andai ditoleh ke masa lalu sememangnya terasa lemah semangat. Banyaknya dosa dan noda. Namun, jika kita sentiasa melihat ke belakang, sampai bila-bila pun kita tak dapat lepas dari diri kita yang lama. Setiap hari apabila bangun dari tidur, jadilah diri yang baru. Tinggalkan sahaja diri yang semalam. Andai diri yang semalam kurang baik, diri hari ini patut lebih baik. Andai diri yang semalam sudah baik dan soleh, hari ini patut lebih dan lebih lagi baik dan soleh dari hari semalam.

Saya meneliti hadith popular ini: Nabi SAW bersabda:


"Tujuh golongan berada dalam lindungan Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain lindunganNya ; pemimpin yang adil,pemuda yang rajin,beribadah,seseorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid, dua individu yang menjalinkan cinta dan kasih kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang dirayu wanita cantik dan berkedudukan namun berkata, 'Aku takut Allah'!, seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah sendirian lalu bercucuran air matanya."  (HR Al-Bukhari & Muslim)


Melalui hadith ini, Allah memberikan banyak peluang kepada golongan lelaki untuk berubah. Takkanlah dari kesemua yang disenaraikan di atas satu pun kamu tak mahu raih?

Fighting! Cuba salah satu jika nak dapat lindungan bayangan Arasy di akhirat kelak.

Salam Maal Hijrah 1435 buat seluruh umat Islam yang  sedang membaca :)

1 Muharram 1435 /5 November 2013

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...