Skip to main content
Asalamualaikum w.b.t.


Ya Allah, aku  mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat.

Tenang Apabila Memaafkan

Hidup adalah pentas perjuangan dan salah satu antaranya adalah perjuangan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.Kita tidak terlepas daripada berselisih pendapat, dan berbeza pandangan dengan orang di sekeliling kita.


   Secara umumnya, orang yang dizalimi pasti ingin membalas kepada orang yang menzaliminya.Tentu mereka    akan membalas sama seperti yang telah diperlakukan kepadanya, atau lebih buruk daripada itu.Hanya          segelintir sahaja yang akan berlapang dada, ikhlas, tidak berdendam, bahkan memaafkan kesalahan orang    yang telah berbuat salah kepadanya.

Mengapa Sukar Memaafkan?

Benarlah, memaafkan itu memerlukan sejumlah besar keberanian.Orang yang mampu melakukannya adalah orang yang mempunyai jiwa yang besar.Jiwa dan fikirannya terlalu besar untuk dibelenggu dan disibukkan dengan perkara - perkara yang merugikan seperti tidak puas hati, geram, apatah lagi membalas dendam. Hatinya tidak mahu mengikut hawa nafsu kehendaknya.


Orang yang beriman sentiasa menyedari bahawa kesan dan akibat jika dibalas kesalahan itu. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk memaafkan sahaja agar jiwa memperoleh tenang, tenteram dan bahagia. Orang yang pemaaf menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna dan bebas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Baginya, memaafkan itu lebih mulia daripada berdendam. 


Allah berfirman dalam Surah Al-A'raf ayat 119 yang bermaksud :-

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang melakukan yang makruf, dan berpalinglah daripada orang yang jahil."

Memaafkan bukanlah bermaksud kita melepaskan orang yang bersalah daripada hukuman. Rasulullah SAW semasa hayatnya adalah pemimpin yang paling pemaaf yang tiada tandingannya. Baginda sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menganiaya dan berbuat salah kepada Baginda.




 Jangan Marah!

Rasulullah SAW telah memaafkan perilaku zalim dan aneka ragam penganiayaan yang dikenakan kepada Baginda SAW sewaktu menjadi golongan yang tertindas di Makkah sebelum berhijrah ke kota Madinah. Baginda membuat pengumuman penting pada hari pembukaan kota Makkah kepada masyarakat Quraisy:
"Izhabufa antum tulaqi!", maksudnya (Pergilah, kerana kalian golongan yang merdeka!) Tiada sebarang penganiayaan terhadap mereka yang pernah menindas dan melakukan kejahatan kepada Baginda sama sekali.

Sifat pemaaf ini telah terbukti dapat memberikan manfaat pada ketenangan hati, bahkan kesihatan tubuh badan. Betapa jiwa tidak tenteram jika sentiasa digugat oleh perasaan tidak puas hati dan marah.Bagaimana hati akan tenang jika sentiasa berfikir dan merancang untuk membalas dendam? Memaafkan sahaja yang akan mampu menstabilkan emosi, menyiram perasaan dendam, merasionalkan fikiran dan melapangkan hati. Justeru tidaklah seseorang yang mohon dinasihati: "Janganlah engkau marah!".

Pemaafnya Rasulullah

Pada suatu hari, ketika Baginda sedang berehat -rehat, seorang wanita Yahudi datang membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang. Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar makan kambing panggang. Bahagian kegemaran Baginda ialah paha kanan bahagian depan.Wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu. Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.

Melihat hidangan itu,Rasulullah pun berasa lapar.Selepas membaca bismillah, Baginda memakan dengan begitu berselera sekali.Seorang sahabat Rasulullah, Bisyir Bin Barra Bin Ma'rur turut makan bersama.Namun, sewaktu Baginda sedang mengunyah makanan itu, Baginda mendapat tahu tentang racun yang ada pada anggota kambing tersebut.Rasulullah SAW meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah.

Bisyir Bin Barra Bin Ma'rur menjadi korban.Sahabat Baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.Rasulullah bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang: "Aku mahu menguji kamu.Jika engkau seorang Rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk tentang perkara ini. Tetapi jika engkau hanya orang biasa, maka aku pasti berasa puas kerana dapat menyingkirkanmu kerana engkau membawa banyak kemusnahan kepada kaum Yahudi."

Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang.Kemudian, Baginda memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu layak dikenakan tindakan sewajarnya.

Ajaibnya sifat memaafkan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.

1 Muharram 1435 :)

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...