Skip to main content
Asalamualaikum w.b.t.
21 Zulhijah 1434/26 Oktober 2013
Alhamdulillah :)  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ.
Taubat: Pintu Gerbang Kehidupan Baru
Kalam agungNya dalam Surah al-Baqarah [2:222]:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri".
Saya meneliti bahawasanya Islam sangat mementingkan kesucian diri lahiriyyah dan batiniyyah (luar dan dalam), contohnya manusia tidak dapat lari dari terkena kotoran samada berupa debu, najis dan sebagainya. Lalu, Allah memerintahkan manusia dengan berwudhu' untuk menyucikan diri dari debu-debu dan mikroorganisma2 yang melekat pada tubuh. Kemudian memperbaharui wudhu' itu lagi setiap kali hendak bersolat. 5 kali solat, 5 kali wudhu', 5 kali kita bersih dari kotoran. Jika dah bersih dan suci dari kotoran, susah kan nak kena penyakit? Malah ada kajian mengatakan kulit yang bermasalah (berjerawat dsb) boleh dikurangkan hanya dengan kerap berwudhu'. Bukan itu sahaja kelebihannya, malah disebut dalam hadis, Rasulullah menanti orang2 yang mempunyai tanda-tanda putih di kepala dan kakinya kerana bekas wudhu'. Dan baginda menanti di telaga Kautsar di akhirat kelak. Dah ambil wudhu', jangan lupa solat plak.

Itu dari kesucian luarannya. Bagaimana pula mensucikan seluruhnya luar dan dalam?; dari noda dan dosa-dosa silam tidak kiralah kecil atau besar dosa itu. Ya, Taubat Nasuha. Untuk memulakan kehidupan baru, tidak cukup hanya dengan azam dan perbuatan, tetapi perlu dibuka dengan Taubat. Jika dah berubah, tetapi tidak bertaubat saya kira ianya tidak balance.
Jangan Takut Untuk Sujud Bertaubat

Dalam riwayat Muslim ada menyebut, dari Abu Musa bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah membukakan  TanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada petang harinya.Allah juga membukakan TanganNya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat)."
Lihat, 24 jam waktu Allah buka untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Betapa Pemurahnya Tuhan kita. Masjid pun tak bukak 24 jam kat Malaysia ni. Tapi kita masih lagi menangguh-nangguh, menunggu-nunggu, beralasan 'tak sampai seru lagi' (ala2 kaum Jabbariyyah), masih tak ready untuk bertaubat. Hairan. Saya pun juga hairan dengan diri sendiri. Lebih kurang je. Peluang kat depan mata, tapi taknak jugak grab cepat-cepat. Bila dah nyawa di kerongkong, pintu taubat sudah tertutup. Menyesal pun dah tak guna. 
Apakah itu Rân?

Firman Allah dalam Surah al-Muthaffifin [83:14]:
Maksud :- "Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya).Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan."

Dengan kata lain, saya fahami sebagai kotoran yang berupa titik-titik hitam yang kita kumpulkan sehari-hari bersumber dari dosa-dosa kecil sehinggalah dosa besar. Kotoran hitam pekat yang menyelaputi hati kita. Tiada cara lain untuk membersihkan Ran ini kecuali dengan taubat dan mohon keampunan dari Allah. Pentingnya buang Ran ni sebab jika hati dah hitam, hidup akan jadi tidak bertujuan. Iman tergugat, tercabut iman. Tidak tenang, resah gelisah, cepat marah, murung, sakit hati, sakit hati pada orang lain dan sedih. Semuanya adalah kerana Ran inilah. Segala penyakit jiwa dan hati adalah kerana kuantiti Ran yang menancap kuat pada hati kita. Mari kita nyahkan Ran ini dengan taubat. Stop maksiat, mari taubat. Ayuh!

Untuk berjuang, membangunkan umat, menjaga umat Islam dan agama kita..marilah kita taubat. Buang Ran, hidup tenang. InsyaAllah.

Cara Taubat Paling Senang

Solat sunat dua rakaat diniatkan dengan sungguh-sungguh semata2 memohon keampunan dari Allah. "Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala". Bacalah apa sahaja surah yang diketahui. Yang penting, insaf betul-betul, tidak lagi mengulangi dan mengharapkan hidup baru dalam redha Allah.

Saya doakan diri saya berjaya taubat. Juga kamu sekalian. Amin.




Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...