Skip to main content

Muhasabah Tentang Hari Kebangkitan

Asalamualaikum. :) ( 20 Zulhijah 1434).

Muhasabah Tentang Hari Kebangkitan
  • Golongan Yang Tidak Percaya Akan Dihidupkan Kembali 
Firman Allah dalam Surah Yasin [83]:51-53 :- 

51. Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah             mati:, apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur         masing - masing (untuk) menghadap Tuhannya.

52. (Pada ketika itu) orang -orang yang tidak percayakan hidup semula berkata :                           "Aduhai,celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur (tempat tidur           kami)? Lalu dikatakan kepada mereka : "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang          Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-RasulNya.


  • Orang Yang Memperbaiki Diri Dan Sentiasa Bersiap Sedia Menemui Allah
 Firman Allah dalam Surah al-Shaffaat [37]: 58-60 :-

58. (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakannya yang sedang menikmati kesenangan di          Syurga bersama): "Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) kita tidak akan              mati lagi;

59. Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa?

60. Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar         pendapatan dan kemenangan yang besar.

Natijahnya terbukti nikmat nilainya bagi mereka yang sentiasa memperbaiki diri dan menyuburkan tanaman2 mereka di dunia. Hasil tuaian yang berlimpah ruah. Alhamdulillah. Saya perhatikan Allah telah beri solusi jelas pada ayat ke 61 dari surah yang sama:-

61. Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal
      melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

Allah sendiri dah bagi tips. Tak guna lagi kalau saya bagi 150 juta tips pun. Cukup dengan satu tips Allah ni.

Selepas memerhatikan dua golongan di atas, saya pun masih tidak pasti di mana mahu diri ini diletakkan. Di dalam golongan pertamakah? Atau golongan kedua? Untuk berada di golongan pertama memang cukup layak dengan maksiatnya yang berterusan hampir saban hari. Wal'iyazubillah.

Muhasabah Sikap Suka Bertangguh

Saya analisis lebih lanjut kepada satu hal yang jika diperhatikan sekali imbas, kita katakan bukan kita dalam golongan yang disebutkan dalam ayat al-Quran yang ini:-

Firman Allah dlm Surah al-Qiyama [75]:5-6

5. (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka            hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia        tidak mengakui adanya hari kiamat).

6. Dia bertanya (secara mengejek) :Bilakah datangnya hari kiamat itu?

Ayat-ayat ini ditujukan untuk orang kafir, tetapi sedarkah kita pun bersifat seakan-akan perangai orang kafir juga. Kita mungkin pernah kata secara bergurau, "Lambat lagi nak kiamatnya. Mungkin beratus-ratus tahun lagi..", atau kita berazam, "Esoklah aku jadi baik, hari ni aku wat dosa puas-puas dulu." Ini pun saya rasa adalah persis kepada orang-orang yang mengejek, "Bilakah datangnya hari kiamat itu?".  Bertangguh dalam berhenti melakukan maksiat. Saya tidak katakan ini pada anda semua, tapi saya katakan ini pada diri saya sendiri. Bertangguh-tangguh, tunggu dulu..tunggu dulu.. Sampai bila? 

Muhasabah Pengulangan Ayat Allah Mengenai Hari Kebangkitan

Jika kita adalah orang-orang yang memerhati dan berfikir ketika membaca al-Quran, pasti kita akan perasan hampir dalam setiap muka surat dalam al-Quran menyinggung hal-hal berkaitan hari kebangkitan, hari pembalasan, hari kiamat dan hari perhitungan. Malah jika kita perhati betul-betul, Surah al-Fatihah sahaja sudah cukup menggerunkan. "Maliki Yaumiddeen" ( Allah sebagai Mulk atau Raja Hari Pembalasan ). Tapi kita tidak gerun, malah kita tidak mengerti. Lebih teruk lagi, kita baca al-Fatihah sambil lewa tanpa memahami apa pun ketika dalam solat. Kita hanya biasa tahu "Ihdinassiraatol Mustaqim" ( tunjukiku jalan yang lurus ). Dan kita hanya reti tuturkan "Ameeeeennn" panjang-panjang dan kuat-kuat. Itupun masih tersalah harakat bacaan. 

Di dalam kitab Taurat, jika kita pernah belek tidak akan kita jumpai ayat-ayat yang menyebut tentang hari pembalasan. Taurat yang telah diselewengkan oleh Yahudi yang menganggap tidak wujud sama sekali hari pembalasan, yang wujud hanyalah setakat dunia ini semata-mata. Habis di sini, maka habis selama-lamanya. Inilah yang dikatakan pemikiran sekular. Sekular sebenarnya adalah tidak mempercayai hari perhitungan. Dan jika anda juga ragu-ragu, anda juga berfikiran sekular.

Dan jika kita selusuri dengan lebih dalam lagi, ramai antara kita berfikiran sekular. Ramai yang tidak mengerti akan pengertian masa akan datang. Mereka tenggelam dengan cita-cita dan harapan masa depan. Apabila kita sebut masa depan, ramai yang maksudkan adalah hari depannya jadi apa dan hanya sekitar hari tua. Habis di situ sahaja pengertian masa depan. Itulah yang tema belog selamat tinggal ini katakan,Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19].

Bila kita sebut sahaja masa depan, sama-sama fikir tentang hari esok di akhirat. Cita-cita tertinggi di dunia dan akhirat. Masa depan, hari esok. Hari esok, hari akhirat. Sifir yang mudah.

Muhasabah Penutup :)
Dari Surah Al-Ankaabut (26) ayat 64:-

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan bermain-main.Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, seandainya mereka mengetahui.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)





Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...