Skip to main content
Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan untukmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi). 

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerana ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa. 

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma. 

Fahami konsep Tawaqqi.
Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir, tawaqqi adalah kata asal bagi taqwa.Bermaksud,"menjaga diri daripada perkara yang tidak dingini."Menurut Muhammad Bin Allan, "Taqwa ialah mematuhi perintah Allah dan menghindari laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikuti kemampuan."Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan berwaspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.


Asalamualaikum w.b.t. :)

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik. Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).."  - [al-Hasyr 59:18-19] "SELAMAT TINGGAL"                "...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-                           kata, ke akhir hayat yang ada.. " Kematian adalah kepastian . "Merasai Mati" diulang hampir  5 kali  dalam al-Quran. Firman Allah:                                              Surah Al-Anbiya' (21):35 Tiada siapa dapat lepas  dari kematian. Manusia pasti mati dan  tidak kekal abadi di dunia . Firman Allah lagi: ...

Menangislah

Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia. Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 6...
ASALAMUALAIKUM W.B.T.   Ya Allah, aku    mohon kepadamu agar hati terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap detik dan saat. Bahagia Sebenar. “Nampak ‘happy’ bahagia memanjang, tak pernah rasa ‘down’ atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?” Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, ‘down’, kecewa, ‘frust’, stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau ‘frust’ atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya. Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, ‘frust’ atau pun kesedihan. Seter...