Asalamualaikum w.b.t. :)
ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻹﺧﻼﺹ
Surah (112) - Makkiyah - 4 ayat
ﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﹼﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
Surah yang pendek ini menyamai satu pertiga Al-Qur'an sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith-hadith yang sahih.Daripada Abu Sa'ad,ada seorang mendengar seorang lelaki membaca ﻗﹸﻞﹾ ﻫُﻮَ ﺍﻟﻠﱠﻪُ ﺃﹶﺣَﺪ
dengan berulang-ulang kali.Pada keesokan pagi , ia datang menemui Rasulullah SAW lalu ia menceritakan cerita itu kepada beliau,seolah-olah ia merasa surah itu sangat sedikit, lalu Rasulullah SAW berkata: "Demi jiwaku di TanganNya, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga Al-Qur'an." Tiada sesuatu yang aneh dalam sabda Rasulullah SAW ini kerana aqidah keesaan Allah yang diperintah kepada RasulNya supaya diisyhtiharkannya dengan "ﻗﹸﻞﹾ ﻫُﻮَ ﺍﻟﻠﱠﻪُ ﺃﹶﺣَﺪ" itu merupakan aqidah bagi hati, merupakan pentafsiran bagi alam dan merupakan satu sistem bagi kehidupan kerana surah ini mengandungi garis-garis pokok yang amat luas mengenai hakikat agung Islam.

Comments
Post a Comment